Thursday, 30 May 2013

untuk melahirkan anak yang soleh @ solehah


Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
-Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
-Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
-Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (badam). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
-Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
-Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.


TIPS amalan ibu MENGANDUNG
(berlandaskan Islam yg satu)
1. Memperbanyakkan bacaan Quran sepanjang kehamilan bermula dr awal kandungan. Surah2 yg digalakkkan utk selalu baca adalah Surah Luqman (utk anak2 yg mendengar kata & hormatkan ibu bapa), Surah Mariam (utk memudahkan bersalin) dan yg ke 3 Surah Yusuf (utk anak2 yg sempurna dr segi zahirnya...insyaAllah..hensem mcm Nabi Yusuf). dan 1 lagi ayat yg elok sgt2 utk diamalkan bg memudahkan bersalin insyaAllah.
Ibnu sunni meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah menerangkan bahawa barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah dari segala kesempitan. Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun. Iaitu :

  لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ {87}  
(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)
  
Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." SURAH AL-ANBIYAK(21):87 

2.   Menjaga pemakanan yg mana pastikan segala yg kita makan adalah HALAL dan juga tinggalkan segala2 nya yg SYUBHAH..kenapa?? sb pemakanan yg kita makan masa mengandung inilah yg akan menjadi darah daging anak2..penting utk kite jaga yg ni sb nya darah daging yg tak elok, akan menyebabkan pelbagai masalah2 yg ada sekarang ni makin menjadi2 terutamanya gejala sosial di kalangan remaja, kes bunuh, buang anak..semuanya berpunca dr darah daging..so, ibu2 semua..pastikan anda makan makanan yg baik2 sepanjang mengandung..insyaAllah anak2 akan mudah di didik

3. Amalkan makan banyak2 kurma, kekacang utamanya almond, susu dan soya.. :) reason sb semua ni sunnah Rasulullah s.a.w...di akhir2 zaman ni, kalo kite menghidupkan sunnah dan ajaran Rasulullah s.a.w, pahalanya macam kita berjihad di jalan Allah s.w.t..


No comments:

Post a Comment