Thursday, 30 May 2013

pengorbanan oh pengorbanan seorang ibu

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM


1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat. YA ALLAH KUATKAN AKU MENGHARUNGI 9 BULAN INI...

alahan dari segi ISLAM..~pikir positif dan berkemungkinan juga.....

Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم "Ya ALLAH ya Tuhanku, berikanlah kebahagiaan kepada kami ketika kesedihan mengisi hari kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk menjadikan keluarga kami ini keluarga yang sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain. Dihiasi juga senantiasa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.Ya ALLAH,Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang jadikanlah keluarga kami ini tenteram dan bahagia didalam keimanan dan ketakwaan kepada-MU.kurniakanlah zuriat yg soleh dan solehah kepada kami,peliharalah anak kami dan lahirkanlah ia dalam keadaan yg sempurna." Amin



Saya ingin berkongsi status kawan saya yang saya rasa amat bermanfaat untuk semua kaum ibu terutamanya yang beragama Islam. 
"Semalam saya dapat perkongsian ilmu dari seorang cikgu dalam kelas, saya pun baru tahu dan ianya sangat BERMANFAAT dan sy rasa patut di kongsikan dengan semua:

Katanya kepada kaum wanita, berdasarkan pengalamannya…semasa kita mengandung, ingatlah ALAHAN yg kita alami spt, loya2, pening, mengidam makanan pelik2, itu semuanya perangkap dari syaitan. Kalau kita terlalu ‘melayan’ alahan kita, tu yang sebab nak benda pelik2 tu. Cikgu tu kata, syaitan akan berusaha menggangu anak dlm kandungan sehingga mungkin akan gugur, sbb syaitan berkata, "Anak dlm kandunganmu itu adalah anak soleh, jadi kalau aku tak boleh ganggu ketika kamu ‘bersama suami’, aku akan ganggu anak dalam kandunganmu sehingga gugur ’’.

Jadi peringkat 6 bulan pertama kehamilan adalah fasa yang kritikal di mana syaitan akan berusaha habis-habisan utk menggugurkan anak dalam kandungan kita, bacalah ayat al-quran sebagai pelindung diri, mohon kekuatan dari ALLAH, agar semuanya selamat, sebab kalau kita tak kuat dalam tmpoh ini, itulah yg menyebabkan macam2 terjadi semasa mengandung.

**Ya, mungkin dari segi perubatan, alahan yg kita alami tu sbg satu SIMPTOM, ttp sbnrnya klau dlm islam kita kna tahu yg alahan yg kita alami itu adalah perangkap dari syaitan. Wallahualam"

untuk melahirkan anak yang soleh @ solehah


Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
-Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
-Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
-Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (badam). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
-Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
-Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.


TIPS amalan ibu MENGANDUNG
(berlandaskan Islam yg satu)
1. Memperbanyakkan bacaan Quran sepanjang kehamilan bermula dr awal kandungan. Surah2 yg digalakkkan utk selalu baca adalah Surah Luqman (utk anak2 yg mendengar kata & hormatkan ibu bapa), Surah Mariam (utk memudahkan bersalin) dan yg ke 3 Surah Yusuf (utk anak2 yg sempurna dr segi zahirnya...insyaAllah..hensem mcm Nabi Yusuf). dan 1 lagi ayat yg elok sgt2 utk diamalkan bg memudahkan bersalin insyaAllah.
Ibnu sunni meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah menerangkan bahawa barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah dari segala kesempitan. Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun. Iaitu :

  لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ {87}  
(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)
  
Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." SURAH AL-ANBIYAK(21):87 

2.   Menjaga pemakanan yg mana pastikan segala yg kita makan adalah HALAL dan juga tinggalkan segala2 nya yg SYUBHAH..kenapa?? sb pemakanan yg kita makan masa mengandung inilah yg akan menjadi darah daging anak2..penting utk kite jaga yg ni sb nya darah daging yg tak elok, akan menyebabkan pelbagai masalah2 yg ada sekarang ni makin menjadi2 terutamanya gejala sosial di kalangan remaja, kes bunuh, buang anak..semuanya berpunca dr darah daging..so, ibu2 semua..pastikan anda makan makanan yg baik2 sepanjang mengandung..insyaAllah anak2 akan mudah di didik

3. Amalkan makan banyak2 kurma, kekacang utamanya almond, susu dan soya.. :) reason sb semua ni sunnah Rasulullah s.a.w...di akhir2 zaman ni, kalo kite menghidupkan sunnah dan ajaran Rasulullah s.a.w, pahalanya macam kita berjihad di jalan Allah s.w.t..


alahan oh alahan

Kelebihan bagi wanita-wanita mengandung yang mengalami mual atau muntah terutamanya di awal kehamilan: 
1. Risiko keguguran lebih rendah dibanding dengan mereka yang tidak mengalaminya. 2. Mual merupakan mekanisme perlindungan untuk embrio yang masih muda. Kepekaan ibu terhadap pelbagai makan dapat menjauhkannya dari makanan yang berpotensi membahayakan si bayi yang belum lahir. 3. Kematian bayi selepas dilahirkan lebih rendah pada wanita yang mengalami mual-mual.
4. Mual-mual berkaitan dengan rendahnya risiko kelahiran pra-matang.5. Lebih tingginya berat lahir. 6. Lebih rendahnya kecacatan selepas dilahirkan. 7.Ukuran plasenta bertambah - Kurang makan disebabkan mual menyebabkan kurangnya pertambahan berat badan di awal kehamilan. Kurangnya berat badan menyebabkan peningkatan ukuran plasenta yang menyalurkan darah kepada janin yang sedang tumbuh. Plasenta yang lebih besar menjamin tersedianya makan dan oksigen yang sihat.
(Sumber : Deepak Chopra, MD. Panduan Holistik Kehamilan & Kelahiran.)

kepada bakal ibu dan bapa kene ambik tahu benda ni..

TIP KURANGKAN ALAHAN/KETIDAKSELESAAN SEMASA MENGANDUNG


Masalah: Mual atau muntah
Punca: Ketidakselesaan terjadi akibat kehadiran hormon beta HCG yang bertindak balas pada bahagian otak. Kebanyakan kehamilan mengalami masalah ini di antara minggu ke-8 hinggake-12. Namun, ada yang berlarutan sehingga minggu ke-20.

 Cara Mengatasi :
1.Makan kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit.
2.Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan mengandungi garam yang banyak.
3.Makan lebih buah-buahan yang tinggi potassium seperti anggur dan pisang atau    minum air kelapa.
4.Elak minuman berkarbonat dan berkafein kerana ia boleh menambahkan rasa loya.
5.Jangan ambil jeruk atau asam sebab ia mengandungi banyak asid, garam, perisa dan   pewarna tiruan.
6.Jika berterusan perlu ambil ubat tahan muntah seperti Maxalon atau Ancoloxin. 

Masalah: Sembelit atau kembung perut
Punca: Masalah ini kerap berlaku di awal kandungan akibat peningkatan hormon progesteron yang menyebabkan pergerakan peristalsis usus menjadi perlahan. Oleh kerana itu jugalah angin di dalam badan sukar dikeluarkan.

Cara Mengatasi :
1.Minum air mencukupi minimum 6 - 8 gelas sehari.
2.Ambil serat mencukupi terutamanya sayuran yang berdaun hijau.
3.Elakkan sayuran berkacang kerana ia boleh menghasilkan gas di dalam usus.

Masalah: Sakit belakang atau pinggang
Punca: Berlaku akibat penyesuaian badan dan tulang belakang terhadap perubahan pusat graviti tubuh. Selain itu, ligamen yang makin meregang menambahkan lagi kesakitan.

Cara mengatasi: 
1.Menjaga posisi tubuh ketika duduk, berjalan dan berdiri. 
2.Menggunakan kaedah yang sesuai ketika mengangkat sesuatu barangan yang berat. 
3.Lakukan urutan yang perlahan di bahagian bermasalah.

Masalah: Pedih ulu hati
Punca: Kehamilan menyebabkan asid di dalam perut lebih banyak daripada biasa. Keadaan rahim yang makin membesar menekan perut memenuhkan rongga abdomen, menekan asid perut kembali ke esofagus membuatkan rasa pedih di dada. Keadaan ini disebabkan oleh hormon progesteron yang meningkat. Oleh kerana hormon ini mengembang, melonggarkan dan meregangkan otot, jadi asid mudah naik ke esofagus.

Cara mengatasi:
1.Tidur sekurang-kurangnya dua jam selepas makan malam.
2.Keadaan tidur perlulah dalam separa duduk dan bukannya menelentang.
3.Jika berlanjutan, perlu ambil antasid untuk melegakannya.